Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?
Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.
ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah saw : "Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .
Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.
Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!
Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh," Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!
Selasa, 22 Disember 2009
hati remaja
Jumaat, 18 Disember 2009
Hatiku milikmu
"YA ALLAH... kiranya kau pertemukan kami untuk mendidik diri kami agar lebih menyayangimu.. maka hanya engkau yang mampu membawa hati-hati ini bertaut menyelusuri jalan mencari cintamu, mengharap magfirahmu.. janganlah kau pisahkan hati-hati ini dikala rindu dan sayang,kami belum cukup untuk melamar redha dan cintamu"...
Isnin, 16 November 2009
si soleh dan solehah
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si soleh, tetapi berusahalah menjadi yang solehah, jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet mencari yang solehah, tetapi berusahalah menjadi yang soleh, bertemu yang solehah, solehahnya belum tentu kekal. bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah.. kerana si soleh dan solehah adalah insan biasa.. perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk menjadi, bukan mencari...
Khamis, 12 November 2009
wanita

الا إخبرك بخيرما يكنز الرجل؟ المرأة الصالحة: اذا نظر إليها سرته,وإن غاب عنها حفظته
mahukah aku tunjukkan kepadamu sebaik-baik perbendaharaan lelaki?
iaitu wanita solehah,jika dipandang menyenangkan,jika diperintah,ia patuh dan jika tiada dirumah ia menjaga (harta dan dirinya)
(hr.abu daud)
Tidak ada jalan yang lebih dekat untuk menghancurkan islam selain dari keluar wanita mulimah dari rumah dengan menampakkan auratnya...
sedetik cinta(novel)
Hari seterusnya, aku menghadiri kuliah seperti biasa. Tak ada yang istimewa. Sibuk dengan assignment dan artwork. Terlupa terus tentang jejaka yang bernama Aril, jejaka yang ku kenali hampir seminggu yang lalu. Sehinggalah pada suatu hari handset aku berdering. Tertera nombor yang asing."Hello!" Suara aku ala-ala perempuan Melayu terakhir. Biasa la, control ayu punya pasal."Awak, ni orang la!"Anak siapa pula ni. Tetiba je menjerit. Memang la orang, tak mungkin kambing boleh call aku kot. "Sape ni?" Aku makin confuse. Aku cuba ingat-ingat balik pemilik suara ni. Ayie? Boy? Syamil? Tak mungkin. Dia orang semua panggil aku akak."Orang la. Takkan dah lupa. Sampai hati awak! Tak sampai seminggu dah lupa kat orang. Itulah, ramai sangat balak," Suaranya mula mengendur, tak seceria mula-mula tadi."Ooo...awak, mamat kat shopping complex tu! Siapa nama ha? Dah lupa la wak!" Aku betul-betul tak ingat. Asyik berawak, sampai terlupa nama dia."Aril lah. Sampai hati awak lupa kat saya.""Bukan sengaja la wak. Lagi pun saya tak sangka awak nak call saya. Mesti awak rindu kat saya kan?" Tak disangka-sangka terkeluar pula soalan tu. Macam mana aku boleh tanya dia soalan yang macam tu? Tak tahu malu!"Memang la. Dah lama saya nak call, tapi busy sikit. Kerja banyak sangat.""Orang pun banyak kerja juga ni. Assignment tak habis-habis. Penat tau!" Balas ku."Ooo, student lagi awak ni. Saya ingatkan dah kerja. Awak study kat mana ?""Cosmo. Ambil kursus Diploma in Multimedia. Baru second year. Awak keje mana?""Technician kat Eureka Computer Sales & Service.""Oo, kalau komputer saya rosak, boleh la saya panggil awak ye!" Tingkah ku ceria."Boleh!... Untuk awak, free of charge!" Balas Aril sambil ketawa riang."Iye ke?""Iye la. Kita kan kawan. Hope we'll be good friends!""Of course la. Saya suka kawan dengan awak. Awak ni sempoi, happy go lucky and easy going person. Saya harap segala tanggapan saya terhadap diri awak tu tepat la.""Ntah la. Nanti kalau saya kata iye, awak kata saya ni masuk bakul angkat sendiri pula!" Ujar Aril lagi sambil ketawa. Dia sememangnya seorang yang periang dan kelakar.Sejam berbual di telefon bagaikan tak terasa. Macam-macam topik yang kami bualkan. Dari bab famili, sampai la ke bab komputer."Okey la wak. Dah lama sangat ni. Lain kali saya call lagi. Emmm... boleh kita jumpa lagi tak?" Tanya Aril sebelum mengakhiri perbualan."Boleh. Bila-bila awak nak dan kalau saya free. Apa-apa hal, awak call saya dulu okay," ujar ku sebelum mematikan talian.
"Intan tau tak?""Tak tahu!" Pantas Intan memintas."Ini la akak nak bagi tau lah ni. Akak ada kenal dengan one guy masa akak jalan sorang-sorang hari tu. Mamat ni memang sempoi. Semalam dia call akak. Best sembang dengan dia," ujar ku meluahkan isi hati ku yang terpendam selama ini."Handsome tak kak? Siapa namanya?" Soal Intan, nampak excited mendengar dan sememangnya dialah pendengar setia cerita-cerita aku."Nak kata handsome tu, tak de la sangat. Tapi not bad la. You know my taste kan? Tapi moral ceritanya, akak suka kawan dengan dia. Nanti kalau ada masa, akak bawak Intan jumpa ngan dia.""Tak takut Intan potong line ke?" Tanya Intan mengusik."Eh mak cik! Boyfriend awak tu nak campak kat mana? Insaf la sikit."Intan hanya ketawa hingga keluar air mata. Biasa la... Intan memang macam tu.
"Aleeya, kenapa teruk sangat artwork awak ni. Macam budak sekolah rendah. Cuba awak teliti bagaimana cara awak potong gambar ni, tak kemas langsung. Do it again!"Aku tarik muncung 14 inci. Encik Syam ni memang, kalau dengan aku ada aje yang tak kena. Nasib baik dia tu lecturer aku. Sabar je la. Kalau tak..."Hai awak, macam mana sekolah hari ni?" Suara Aril macam selalu. Ceria dan bersemangat."Eh, saya bukan budak sekolah la. Tolong sikit!""Ada apa-apa yang boleh ditolong? Komputer rosak ke? Saya boleh tolong betulkan.""Ooo... Loyar buruk ye. Tak pe!""Merajuk la tu. Nanti cepat tua tau wak.""Tua pun tak pe la. Muda pun tak de sapa yang nak.""Alahai.. merendah diri la pula. Awak tu dah cukup tinggi, jangan nak merendah diri pulak.."Aku ketawa mendengar usikannya itu."Awak, kita keluar Ahad ni. Tengok wayang. Cerita Gila-gila Pengantin ke, Shanghai Knight ke?""Tengok la dulu wak. Kalau minggu depan saya tak de apa-apa yang kena submit, saya on saja. Lagi pun dah lama saya tak tengok wayang. Awak belanja saya ye?""Mesti la. Kan saya yang ajak awak keluar. Lagi pun awak kan budak sekolah lagi."Kata-katanya aku sambut dengan hilai tawa. "Ngutuk orang ye pak cik... Sesedap oren aje kata orang budak sekolah.""Ye la, awak tu dah tua-tua pun sekolah lagi.""Iye la tu. Awak sorang je la yang muda lagi." Ujar ku dengan nada merajuk."Marah la tu. Sorry... gurau je," Aril bersuara kesal."Mana ada marah. Awak kan kawan saya.""Okey la. Saya tunggu awak di sana pukul 12." Katanya sebelum memutuskan talian.
"Lama tunggu wak?" Ujar ku sesampai sahaja di tempat yang telah kami janjikan."Hampir 15 minit. Kenapa awak lambat?""Bas lambat tadi. Penat tau," Aku merungut."Makan jom! Saya dah lapar ni." Ajak Aril."Nak kena makan jugak ke?""Ye la mak cik! Kan saya dah janji nak belanja awak. Jom la..."Nak tak nak aku ikut juga Aril menuju ke Food Court. Lepas makan, kami terus masuk panggung. Tengok filem Gila-gila Pengantin. Keluar sahaja dari panggung, hujan turut dengan lebatnya di luar. Tak sedar langsung masa kat dalam tadi. Aku mula gelabah."Awak, hujan lebat ni," ujar Aril."Tu la pasal. Kena naik cab la ni. Kalau nak tunggu hujan reda, tak tau bila. Ha... cab tu kosong, saya balik dulu ye..." Aku terus meluru ke arah sebuah teksi yang kosong namun langkah ku terhenti apabila tiba-tiba Aril menarik tangan ku sebagai tanda menahan langkah ku."Apa ni awak. Nanti kalau orang lain yang dapat naik cab tu macam mana? Hujan-hujan ni bukan senang nak dapatkan cab.""Biar saya yang hantar awak. Lagipun saya yang ajak awak keluar. Hujan lebat ni. Kang jadi apa-apa susah pula," ujar Aril bersungguh.Akhirnya aku akur. Lantas dia segera meredah hujan lebat untuk mengambil keretanya. Tak sampai 5 minit, sebuah kereta kancil berwarna silver berhenti di hadapan aku. Aril tersenyum. Aku terus melompat masuk ke dalam kereta sebelum hujan membasahi aku. "Kesian awak... basah.""Sikit aje. Asal awak tak basah sudah la." Aril tersenyum lebar. Aku mengeluarkan sehelai tuala kecil dari dalam beg Adidas yang aku bawa dan menghulurkan pada Aril."Thanks."Dia senyum lagi. Hish... jangan la senyum banyak-banyak. Cair la aku! Dia berhenti betul-betul depan rumah aku. Mula-mula aku tak nak. Tapi memandangkan hujan masih lebat dan hari mulai gelap, aku setuju."Tak nak singgah dulu?""Tak payah la. Nanti mak awak makan saya." Aku senyum. Aku tahu dia cuma mengusik aku."Siapa hantar tadi?" Tanya mak sebaik sahaja aku masuk."Kawan," jawab aku pendek. "Lelaki ke perempuan?" Mak masih tak puas hati."Lelaki." Tingkah ku jujur. Tak suka nak menipu."Berani la kamu balik dengan lelaki. Buatnya dia ada niat tak baik dengan kamu, macam mana? Cakap mak bukan kamu nak dengar." Mak mula buka radio karat dia."Mak tu prejudis sangat. Saya tahu jaga diri, saya tak kan naik kereta dengan orang yang saya sendiri tak percaya." Aku terus naik ke atas. Malas nak dengar apa lagi ulasan dari mak.Lepas solat maghrib, Aril menghubungi aku. "Mak awak marah ke?""Marah juga sikit. Biasa la, orang tua. Membebel je. Mesti dia risau jugak sebab saya tak pernah balik lewat.""Sorry la kalau saya buat awak kena marah.""Bukan salah awak la. Perkara biasa la tu." Terang ku agar Aril tidak terus menyalahkan dirinya.
Sedar tak sedar perkenalan aku dan Aril berlanjutan hingga setahun. Sepanjang tempoh itu, aku bebas bercerita apa sahaja dengan dia. Banyak masalah aku yang dia tahu. Aku tak pandai nak berahsia dengan dia. Pernah satu hari tu, ada member chat aku kacau aku, ajak aku kawin. Tiap-tiap hari call aku sampai enam hingga tujuh kali sehari. Aku jadi takut. Aku mengadu semuanya pada Aril. Dengan sedikit nasihat dia, aku berjaya menjauhkan diri dari mamat tak cukup skru tu.Perbualan aku dan dia tak pernah menyentuh soal perasaan. Memang pernah terdetik cinta di hati aku, tapi bila aku tengok cara dia melayan aku, aku tak fikir dia juga mencintai aku. Sebagai sahabat, dia cukup istimewa bagi aku. Dia juga boleh menyesuaikan diri dengan kawan-kawan aku yang lain. Intan, Syahidah dan Sarah nampaknya menyenangi Aril. Pernah juga kami keluar beramai-ramai. Main boling dan tengok wayang. Aril seorang yang kelakar, periang dan penyayang. Kadang-kadang aku terfikir, takkanlah orang macam Aril ni masih tak berteman lagi? Pernah juga aku tanya dia, tapi dia cuma geleng kepala sambil senyum. Apa maksud dan rahsia di sebalik senyumannya itu?
"Awak, awak rasa antara kita berdua siapa yang akan kawin dulu?" Tetiba satu hari Aril tanya soalan membunuh pada aku."Kalau nak suruh saya kahwin, muka calon suami saya tu pun saya tak boleh nak gambarkan lagi. Saya tunggu awak kahwin dulu la."Dia hanya tersenyum lebar mendengar jawapan aku. "Apa kata kita kawin sama-sama. Satu pelamin, satu bilik pengantin... kan best tu!""Itu kena tunggu awak pinang saya lah." Aku tunduk menahan malu. Di dalam hati ku berkata, tak senonoh betul la mamat sekor ni."Nantilah... kalau saya dah kaya nanti saya akan pinang awak. Awak nak hantaran berapa? RM10 ribu... RM20 ribu?""Eh pakcik, awak ingat saya ni Siti Nurhaliza ke? Nak letak hantaran sampai macam tu sekali. Takpe la... kira kawan-kawan... RM25 ribu dah la. Itu pun dah bagi diskaun dah.""Baik saya pergi pinang Siti Nurhaliza ke, Maya Karin ke.""Tolonglah!"Aril ketawa. Tak habis-habis buat lawak. Memang bertambah tembam la pipi aku kalau duduk bersembang dengan mamat sorang ni. Hilang tension kejap.
Tapi satu hari, tidur aku di kejutkan oleh bunyi telefon bimbit ku yang menandakan ada SMS diterima. Aku senyum riang bila melihat pengirimnya ialah Aril. Memang telah menjadi kebiasaannya, menghantar SMS kepada ku. Tapi bila aku membaca SMS itu, kepala aku bagaikan dihentak dengan sebiji batu yang besar.'Saya nak bertunang 25hb ni'Aku tak tahu nak kata apa. Setitis demi setitis air mata aku mengalir. Antara percaya dengan tidak. Aku terus mendail nombor telefon Aril."Aril, betul ke apa yang awak tulis tadi.""Betul lah. Awak ingat saya tipu awak ke? Saya tak pernah tipu awak selama ni." Suara Aril serius."Kenapa baru sekarang nak bagi tahu? Kenapa selama ni awak tak pernah bagi tau yang awak dah ada someone special?" Aku menahan sebak di dada. Memang aku akui kami tidak pernah berbicara mengenai sesuatu perkara yang serius sebegini sebelum ini."Awak pernah dengar tak lagu 'Suratan Atau Kebetulan'? Sesuatu yang tak disangka, sering kali mendatangi kita..." Aril menyanyikan lagu itu di telinga aku. Air mata aku terus mengalir."Tapi kenapa secara tiba-tiba? Really unexpected! Kalau dari dulu saya tahu, saya takkan serapat ini dengan awak. Saya rasa setakat ni saje persahabatan kita.""Awak, takkan saya harus kehilangan awak hanya kerana pertunangan saya ini!""Awak kena faham Aril, bila awak dah jadi tunangan orang, perhubungan kita dah tak boleh macam dulu lagi. Saya tak nak timbul perkara yang tidak diingini di kemudian hari. Boleh jadi fitnah tau?" Ujar ku kesal."Saya pun tak sangka yang saya akan bertunang dalam masa terdekat ni.""Senangnya awak cakap. Habis tu selama ini, siapa saya bagi awak? Kenapa saya jadi orang terakhir yang tahu mengenai berita ini?""Saya perlukan dia, dalam masa yang sama saya juga perlukan awak.""Tak boleh Aril. Kalau dari dulu awak bagitau dan awak kenalkan dia dengan saya, mungkin saya boleh menerimanya. Tapi sekarang saya tak mampu menerimanya dan cara yang paling baik, kita putuskan persahabatan ini.""Tapi kita masih boleh terus berkawan. Saya hanya bertunang. Saya tak mahu kehilangan apa yang saya dah ada," tingkah Aril dengan nada yang agak sedih."Aril, kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan sebuah perhubungan yang lama demi memulakan sebuah perhubungan yang baru. Kita tak boleh tamak. Saya rasa awak seperti tidak menganggap yang saya ni sebagai kawan baik awak. Awak seperti membelakangkan saya dalam hal ini. Sedangkan ini adalah satu berita gembira yang saya rasa, saya patut tahu demi berkongsi kegembiraan dengan awak. Mungkin awak dah tak perlukan seorang sahabat seperti saya lagi." ujar ku agak tegas."Saya tak bermaksud macam tu.""Sebelum ini saya tak pernah merahsiakan apa-apa dari awak, orang ingat awak pun sama. Tapi ternyata saya silap. Awak telah merahsiakan satu benda penting dari pengetahuan saya. Jauh di sudut hati saya, awak tetap sahabat saya. Abadikanlah persahabatan kita ini biarpun kita saling tak berhubung lagi." Aku berbicara panjang lebar tanpa memberi ruang untuk Aril menyampuk. Air mata ku mengalir laju."Apa maksud awak? Macam mana persahabatan kita nak abadi kalau kita dah tak berhubung.""Saya akan terus mengingati awak, someone that is really special in my life, someone yang pernah jadi kawan baik saya, yang pernah sama-sama kongsi masalah dengan saya. Cuma saya tak nak menimbulkan masalah dalam hubungan awak dengan tunang awak nanti. Saya harap awak faham. Bye!" Aku terus memutuskan talian. Air mata ku terus mengalir dan akhirnya aku menangis.Aku sendiri tidak pasti kenapa aku harus menangis. Yang pastinya, aku sudah kehilangan seorang teman...! Kini aku sendiri lagi! Kehilangan Aril meninggalkan satu kesan yang mendalam bagi diri ku. Aku menjeling jam di atas meja, hampir pukul 4 pagi. Aku tak mampu melelapkan mata dan air mataku tak henti-henti mengalir. Kelihatan seperti Aril dibawa pergi dari hidup aku. Dirampas pergi dari hidup aku. Semakin lama semakin jauh dan akhirnya semakin kabur dek air mata aku yang mula bertakung kembali. Aku tak pasti kenapa aku harus bersedih. Mungkin kah kerana aku terlalu menyayanginya? Ku rasakan seperti ada kekosongan dalam jiwa ku, kekosongan yang tak mampu diisi oleh orang lain. Aku pasrah dan aku relakan kau pergi dari hidup ku!
Rabu, 11 November 2009
kasihnya Allah pada wanita
Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita.Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.
Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.
Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Tuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.
i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.
Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.
Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.
ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
a.) "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.
b.) "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."
c.) "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)
d.) "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
e.) "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang isteri suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki,sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.
Selasa, 10 November 2009
doa seorang isteri
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Isnin, 9 November 2009
wanita islam mithali
> membahagiakan) adalah : wanita (isteri) yang saleh, tempat tinggal yang
> lapang, tetangga yang soleh dan kenderaan yang baik.
>
> Manakala empat perkara dari nasib malang adalah : tetangga yang
> jahat, wanita (isteri) yang buruk (perangainya), kenderaan (yang sering)
> rosak dan tempat penginapan yang sempit."
>
> Dan dalam sabda baginda yang lain :"Dunia semuanya adalah perhiasan,
> sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang soleh."
>
> Bagi seorang pemuda Islam, wanita Islam mithaliyyah adalah merupakan
> impiannya. Ia bercita-cita untuk mendapatkan seorang suri rumahtangga yang
> mempunyai empat ciri-ciri iaitu cantik rupawan, hartawan, bangsawan dan
> berpegang teguh kepada ajaran agama. Tetapi angan-angan ini jarang dapat
> terlaksana, sebab wanita yang memenuhi empat ciri ini terlalu sukar untuk
> ditemui.
>
> Seorang pemuda akan menyia-nyiakan umurnya sampai tua untuk mencari
> Kibrit Al Ahmar seperti ini. Tidak ada pilihan melainkan terpaksa tunduk
> pada realiti. Rasulullah SAW menganjurkan agar dalam memilih jodoh,
> dipilih
> wanita yang Zatu Addin yang berpegang teguh kepada agama. Inilah yang
> boleh
> membawa keberkatan kepada seseorang lelaki.
>
> Rasulullah SAW bersabda : "Dunia ini semuanya perhiasan. Sebaik-baik
> perhiasan dunia ini adalah wanita (isteri) yang soleh. " Beliau
> menerangkan
> lagi dalam sabdanya : "Wanita dinikahi kerana empat perkara : kerana
> hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya,
> maka pilihlah yang (kuat) beragama nescaya kamu beruntung."
>
> Menurut Rasulullah SAW, ini menunjukkan bahawa mithaliyyah yang
> dimaksudkan ialah wujudnya sifat-sifat yang terpuji dan mulia dari sudut
> pandangan Islam dalam diri wanita yang bersangkutan. Ciri-ciri keunggulan
> itu dinilai dan diukur dengan kriteria Islam atau Islamic World View yang
> selaras dengan nas-nas syarak.
>
> Memang kesempurnaan peribadi Insan Kamil seperti Rasulullah SAW itu
> suatu yang sukar atau mustahil dicapai. Akan tetapi tingkat yang paling
> hampir mendekati kesempurnaan mungkin boleh menjadi ikutan bagi insan.





