BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 12 November 2009

sedetik cinta(novel)


"Hai awak!" Sapa seorang lelaki yang tidak aku kenali sewaktu sedang meronda seorang diri di salah sebuah pusat membeli belah di ibu kota. Aku bukan suka sangat berjalan seorang diri begini, tetapi disebabkan tiada teman yang sudi menemani aku hari ini dan ditambah pula dengan rasa bosan yang teramat sangat, aku mengambil keputusan untuk keluar seorang diri.Aku berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan. Sebuah demi sebuah kedai aku masuk, bukan nak membeli hanya membelek-belek apa-apa yang patut sahaja. Setelah penat berjalan, aku duduk di salah sebuah bangku yang terdapat di pusat membeli-belah berkenaan. Aku duduk sambil memerhati orang yang lalu lalang sehinggalah ada seorang lelaki yang berani menegur aku di kala itu. Aku hanya tersenyum biasa sahaja. Tak nak pula dikatakan sombong nanti."Awak, boleh saya duduk?" Jejaka itu bertanya.Ha, ni yang aku malas ni. Baru senyum sikit dah berani nak lebih-lebih. "Kalau tak malu duduklah. Lagipun ni harta awam!" Ujar ku bersahaja."Awak sorang saja ke?""Ada awak nampak siapa-siapa lagi di sini?" Jawab ku sinis.Jejaka itu hanya senyum memandang ku. Aku berasa sedikit rimas, lagipun dah hampir setengah jam aku duduk di sini."Tunggu kawan?" Tanyanya lagi, namun aku hanya menggeleng sebagai jawapan."Saya Aril. Awak?" Dia hulur tangan, nak tak nak aku sambut juga. "Aleeya," ujar ku pendek.Jejaka itu hanya tersenyum, cute juga! Getus hati ku. Jelas kelihatan sepasang lesung pipit di pipi tembamnya. Kulitnya taklah putih sangat, rambutnya panjang paras tengkuk dan matanya pula sepet sikit. Chinese look orangnya! BolehTanpa ku sedari, lama juga aku bersembang dengan jejaka yang baru aku kenali itu. Aku senang berbual dengannya, lantaran keramahan yang jelas ikhlas terpancar di wajahnya itu menjadikan aku sudi menerima pelawaannya untuk makan di food court berhampiran dengan tempat kami duduk berbual-bual itu. Aril memesan makanan dan aku hanya memesan minuman sahaja, perut ku masih kenyang. Sambil makan, kami saling berbual-bual sambil bertukar-tukar pandangan."Selalu ke keluar sorang-sorang macam ni?""Tak adalah selalu keluar dengan kawan. Tapi hari ni dia tak boleh keluar, boyfriend dia baru balik dari Johor. Terpaksa la keluar sorang." Selalunya aku keluar dengan Intan, tapi boyfriendnya, Angah, tengah bercuti sekarang. Mesti dia orang nak habiskan masa bersama. Tak nak la kacau daun."Boyfriend awak pula? Takkan boyfriend awak bagi awak keluar sorang-sorang?"Banyak tanya pula mamat ni. Getus hati ku yang kurang senang dengan pertanyaan itu. "Boyfriend kita tak ada. Tak tau la di mana. Maybe kat Kedah.. maybe kat K.L, or maybe juga kat Johor. Ntah la." Aku seperti melepaskan keluhan berat."Macam mana boleh jadi macam tu? Takkan boyfriend sendiri pun tak tau kat mana?" Tingkah Aril dengan riak wajah kelirunya. Blur semacam aje."Abis tu nak jawab macam mana? Saya sendiri tak tau siapakah gerangan boyfriend saya tu! Apatah lagi nak bagi tahu kat awak di mana duduknya, macam mana rupanya... Moral ceritanya, saya masih belum berjumpa lagi dengan bakal boyfriend saya tu. Kepada sesiapa yang berminat, boleh la isi borang." Balas aku sambil ketawa. Dia pun turut ketawa. Terkena juga dia!"Pandai buat lawak ye.. Tak apa, ada ubi ada batas!" Balas Aril dan aku hanya terus ketawa.Hampir petang, aku minta diri untuk pulang. Dia menawarkan diri untuk menghantar aku, tapi aku tolak. Nak mampus kalau mak aku nampak? Aku cuma tinggalkan nombor handset aku. Kot-kot dia nak call aku...

Hari seterusnya, aku menghadiri kuliah seperti biasa. Tak ada yang istimewa. Sibuk dengan assignment dan artwork. Terlupa terus tentang jejaka yang bernama Aril, jejaka yang ku kenali hampir seminggu yang lalu. Sehinggalah pada suatu hari handset aku berdering. Tertera nombor yang asing."Hello!" Suara aku ala-ala perempuan Melayu terakhir. Biasa la, control ayu punya pasal."Awak, ni orang la!"Anak siapa pula ni. Tetiba je menjerit. Memang la orang, tak mungkin kambing boleh call aku kot. "Sape ni?" Aku makin confuse. Aku cuba ingat-ingat balik pemilik suara ni. Ayie? Boy? Syamil? Tak mungkin. Dia orang semua panggil aku akak."Orang la. Takkan dah lupa. Sampai hati awak! Tak sampai seminggu dah lupa kat orang. Itulah, ramai sangat balak," Suaranya mula mengendur, tak seceria mula-mula tadi."Ooo...awak, mamat kat shopping complex tu! Siapa nama ha? Dah lupa la wak!" Aku betul-betul tak ingat. Asyik berawak, sampai terlupa nama dia."Aril lah. Sampai hati awak lupa kat saya.""Bukan sengaja la wak. Lagi pun saya tak sangka awak nak call saya. Mesti awak rindu kat saya kan?" Tak disangka-sangka terkeluar pula soalan tu. Macam mana aku boleh tanya dia soalan yang macam tu? Tak tahu malu!"Memang la. Dah lama saya nak call, tapi busy sikit. Kerja banyak sangat.""Orang pun banyak kerja juga ni. Assignment tak habis-habis. Penat tau!" Balas ku."Ooo, student lagi awak ni. Saya ingatkan dah kerja. Awak study kat mana ?""Cosmo. Ambil kursus Diploma in Multimedia. Baru second year. Awak keje mana?""Technician kat Eureka Computer Sales & Service.""Oo, kalau komputer saya rosak, boleh la saya panggil awak ye!" Tingkah ku ceria."Boleh!... Untuk awak, free of charge!" Balas Aril sambil ketawa riang."Iye ke?""Iye la. Kita kan kawan. Hope we'll be good friends!""Of course la. Saya suka kawan dengan awak. Awak ni sempoi, happy go lucky and easy going person. Saya harap segala tanggapan saya terhadap diri awak tu tepat la.""Ntah la. Nanti kalau saya kata iye, awak kata saya ni masuk bakul angkat sendiri pula!" Ujar Aril lagi sambil ketawa. Dia sememangnya seorang yang periang dan kelakar.Sejam berbual di telefon bagaikan tak terasa. Macam-macam topik yang kami bualkan. Dari bab famili, sampai la ke bab komputer."Okey la wak. Dah lama sangat ni. Lain kali saya call lagi. Emmm... boleh kita jumpa lagi tak?" Tanya Aril sebelum mengakhiri perbualan."Boleh. Bila-bila awak nak dan kalau saya free. Apa-apa hal, awak call saya dulu okay," ujar ku sebelum mematikan talian.

"Intan tau tak?""Tak tahu!" Pantas Intan memintas."Ini la akak nak bagi tau lah ni. Akak ada kenal dengan one guy masa akak jalan sorang-sorang hari tu. Mamat ni memang sempoi. Semalam dia call akak. Best sembang dengan dia," ujar ku meluahkan isi hati ku yang terpendam selama ini."Handsome tak kak? Siapa namanya?" Soal Intan, nampak excited mendengar dan sememangnya dialah pendengar setia cerita-cerita aku."Nak kata handsome tu, tak de la sangat. Tapi not bad la. You know my taste kan? Tapi moral ceritanya, akak suka kawan dengan dia. Nanti kalau ada masa, akak bawak Intan jumpa ngan dia.""Tak takut Intan potong line ke?" Tanya Intan mengusik."Eh mak cik! Boyfriend awak tu nak campak kat mana? Insaf la sikit."Intan hanya ketawa hingga keluar air mata. Biasa la... Intan memang macam tu.

"Aleeya, kenapa teruk sangat artwork awak ni. Macam budak sekolah rendah. Cuba awak teliti bagaimana cara awak potong gambar ni, tak kemas langsung. Do it again!"Aku tarik muncung 14 inci. Encik Syam ni memang, kalau dengan aku ada aje yang tak kena. Nasib baik dia tu lecturer aku. Sabar je la. Kalau tak..."Hai awak, macam mana sekolah hari ni?" Suara Aril macam selalu. Ceria dan bersemangat."Eh, saya bukan budak sekolah la. Tolong sikit!""Ada apa-apa yang boleh ditolong? Komputer rosak ke? Saya boleh tolong betulkan.""Ooo... Loyar buruk ye. Tak pe!""Merajuk la tu. Nanti cepat tua tau wak.""Tua pun tak pe la. Muda pun tak de sapa yang nak.""Alahai.. merendah diri la pula. Awak tu dah cukup tinggi, jangan nak merendah diri pulak.."Aku ketawa mendengar usikannya itu."Awak, kita keluar Ahad ni. Tengok wayang. Cerita Gila-gila Pengantin ke, Shanghai Knight ke?""Tengok la dulu wak. Kalau minggu depan saya tak de apa-apa yang kena submit, saya on saja. Lagi pun dah lama saya tak tengok wayang. Awak belanja saya ye?""Mesti la. Kan saya yang ajak awak keluar. Lagi pun awak kan budak sekolah lagi."Kata-katanya aku sambut dengan hilai tawa. "Ngutuk orang ye pak cik... Sesedap oren aje kata orang budak sekolah.""Ye la, awak tu dah tua-tua pun sekolah lagi.""Iye la tu. Awak sorang je la yang muda lagi." Ujar ku dengan nada merajuk."Marah la tu. Sorry... gurau je," Aril bersuara kesal."Mana ada marah. Awak kan kawan saya.""Okey la. Saya tunggu awak di sana pukul 12." Katanya sebelum memutuskan talian.

"Lama tunggu wak?" Ujar ku sesampai sahaja di tempat yang telah kami janjikan."Hampir 15 minit. Kenapa awak lambat?""Bas lambat tadi. Penat tau," Aku merungut."Makan jom! Saya dah lapar ni." Ajak Aril."Nak kena makan jugak ke?""Ye la mak cik! Kan saya dah janji nak belanja awak. Jom la..."Nak tak nak aku ikut juga Aril menuju ke Food Court. Lepas makan, kami terus masuk panggung. Tengok filem Gila-gila Pengantin. Keluar sahaja dari panggung, hujan turut dengan lebatnya di luar. Tak sedar langsung masa kat dalam tadi. Aku mula gelabah."Awak, hujan lebat ni," ujar Aril."Tu la pasal. Kena naik cab la ni. Kalau nak tunggu hujan reda, tak tau bila. Ha... cab tu kosong, saya balik dulu ye..." Aku terus meluru ke arah sebuah teksi yang kosong namun langkah ku terhenti apabila tiba-tiba Aril menarik tangan ku sebagai tanda menahan langkah ku."Apa ni awak. Nanti kalau orang lain yang dapat naik cab tu macam mana? Hujan-hujan ni bukan senang nak dapatkan cab.""Biar saya yang hantar awak. Lagipun saya yang ajak awak keluar. Hujan lebat ni. Kang jadi apa-apa susah pula," ujar Aril bersungguh.Akhirnya aku akur. Lantas dia segera meredah hujan lebat untuk mengambil keretanya. Tak sampai 5 minit, sebuah kereta kancil berwarna silver berhenti di hadapan aku. Aril tersenyum. Aku terus melompat masuk ke dalam kereta sebelum hujan membasahi aku. "Kesian awak... basah.""Sikit aje. Asal awak tak basah sudah la." Aril tersenyum lebar. Aku mengeluarkan sehelai tuala kecil dari dalam beg Adidas yang aku bawa dan menghulurkan pada Aril."Thanks."Dia senyum lagi. Hish... jangan la senyum banyak-banyak. Cair la aku! Dia berhenti betul-betul depan rumah aku. Mula-mula aku tak nak. Tapi memandangkan hujan masih lebat dan hari mulai gelap, aku setuju."Tak nak singgah dulu?""Tak payah la. Nanti mak awak makan saya." Aku senyum. Aku tahu dia cuma mengusik aku."Siapa hantar tadi?" Tanya mak sebaik sahaja aku masuk."Kawan," jawab aku pendek. "Lelaki ke perempuan?" Mak masih tak puas hati."Lelaki." Tingkah ku jujur. Tak suka nak menipu."Berani la kamu balik dengan lelaki. Buatnya dia ada niat tak baik dengan kamu, macam mana? Cakap mak bukan kamu nak dengar." Mak mula buka radio karat dia."Mak tu prejudis sangat. Saya tahu jaga diri, saya tak kan naik kereta dengan orang yang saya sendiri tak percaya." Aku terus naik ke atas. Malas nak dengar apa lagi ulasan dari mak.Lepas solat maghrib, Aril menghubungi aku. "Mak awak marah ke?""Marah juga sikit. Biasa la, orang tua. Membebel je. Mesti dia risau jugak sebab saya tak pernah balik lewat.""Sorry la kalau saya buat awak kena marah.""Bukan salah awak la. Perkara biasa la tu." Terang ku agar Aril tidak terus menyalahkan dirinya.

Sedar tak sedar perkenalan aku dan Aril berlanjutan hingga setahun. Sepanjang tempoh itu, aku bebas bercerita apa sahaja dengan dia. Banyak masalah aku yang dia tahu. Aku tak pandai nak berahsia dengan dia. Pernah satu hari tu, ada member chat aku kacau aku, ajak aku kawin. Tiap-tiap hari call aku sampai enam hingga tujuh kali sehari. Aku jadi takut. Aku mengadu semuanya pada Aril. Dengan sedikit nasihat dia, aku berjaya menjauhkan diri dari mamat tak cukup skru tu.Perbualan aku dan dia tak pernah menyentuh soal perasaan. Memang pernah terdetik cinta di hati aku, tapi bila aku tengok cara dia melayan aku, aku tak fikir dia juga mencintai aku. Sebagai sahabat, dia cukup istimewa bagi aku. Dia juga boleh menyesuaikan diri dengan kawan-kawan aku yang lain. Intan, Syahidah dan Sarah nampaknya menyenangi Aril. Pernah juga kami keluar beramai-ramai. Main boling dan tengok wayang. Aril seorang yang kelakar, periang dan penyayang. Kadang-kadang aku terfikir, takkanlah orang macam Aril ni masih tak berteman lagi? Pernah juga aku tanya dia, tapi dia cuma geleng kepala sambil senyum. Apa maksud dan rahsia di sebalik senyumannya itu?

"Awak, awak rasa antara kita berdua siapa yang akan kawin dulu?" Tetiba satu hari Aril tanya soalan membunuh pada aku."Kalau nak suruh saya kahwin, muka calon suami saya tu pun saya tak boleh nak gambarkan lagi. Saya tunggu awak kahwin dulu la."Dia hanya tersenyum lebar mendengar jawapan aku. "Apa kata kita kawin sama-sama. Satu pelamin, satu bilik pengantin... kan best tu!""Itu kena tunggu awak pinang saya lah." Aku tunduk menahan malu. Di dalam hati ku berkata, tak senonoh betul la mamat sekor ni."Nantilah... kalau saya dah kaya nanti saya akan pinang awak. Awak nak hantaran berapa? RM10 ribu... RM20 ribu?""Eh pakcik, awak ingat saya ni Siti Nurhaliza ke? Nak letak hantaran sampai macam tu sekali. Takpe la... kira kawan-kawan... RM25 ribu dah la. Itu pun dah bagi diskaun dah.""Baik saya pergi pinang Siti Nurhaliza ke, Maya Karin ke.""Tolonglah!"Aril ketawa. Tak habis-habis buat lawak. Memang bertambah tembam la pipi aku kalau duduk bersembang dengan mamat sorang ni. Hilang tension kejap.

Tapi satu hari, tidur aku di kejutkan oleh bunyi telefon bimbit ku yang menandakan ada SMS diterima. Aku senyum riang bila melihat pengirimnya ialah Aril. Memang telah menjadi kebiasaannya, menghantar SMS kepada ku. Tapi bila aku membaca SMS itu, kepala aku bagaikan dihentak dengan sebiji batu yang besar.'Saya nak bertunang 25hb ni'Aku tak tahu nak kata apa. Setitis demi setitis air mata aku mengalir. Antara percaya dengan tidak. Aku terus mendail nombor telefon Aril."Aril, betul ke apa yang awak tulis tadi.""Betul lah. Awak ingat saya tipu awak ke? Saya tak pernah tipu awak selama ni." Suara Aril serius."Kenapa baru sekarang nak bagi tahu? Kenapa selama ni awak tak pernah bagi tau yang awak dah ada someone special?" Aku menahan sebak di dada. Memang aku akui kami tidak pernah berbicara mengenai sesuatu perkara yang serius sebegini sebelum ini."Awak pernah dengar tak lagu 'Suratan Atau Kebetulan'? Sesuatu yang tak disangka, sering kali mendatangi kita..." Aril menyanyikan lagu itu di telinga aku. Air mata aku terus mengalir."Tapi kenapa secara tiba-tiba? Really unexpected! Kalau dari dulu saya tahu, saya takkan serapat ini dengan awak. Saya rasa setakat ni saje persahabatan kita.""Awak, takkan saya harus kehilangan awak hanya kerana pertunangan saya ini!""Awak kena faham Aril, bila awak dah jadi tunangan orang, perhubungan kita dah tak boleh macam dulu lagi. Saya tak nak timbul perkara yang tidak diingini di kemudian hari. Boleh jadi fitnah tau?" Ujar ku kesal."Saya pun tak sangka yang saya akan bertunang dalam masa terdekat ni.""Senangnya awak cakap. Habis tu selama ini, siapa saya bagi awak? Kenapa saya jadi orang terakhir yang tahu mengenai berita ini?""Saya perlukan dia, dalam masa yang sama saya juga perlukan awak.""Tak boleh Aril. Kalau dari dulu awak bagitau dan awak kenalkan dia dengan saya, mungkin saya boleh menerimanya. Tapi sekarang saya tak mampu menerimanya dan cara yang paling baik, kita putuskan persahabatan ini.""Tapi kita masih boleh terus berkawan. Saya hanya bertunang. Saya tak mahu kehilangan apa yang saya dah ada," tingkah Aril dengan nada yang agak sedih."Aril, kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan sebuah perhubungan yang lama demi memulakan sebuah perhubungan yang baru. Kita tak boleh tamak. Saya rasa awak seperti tidak menganggap yang saya ni sebagai kawan baik awak. Awak seperti membelakangkan saya dalam hal ini. Sedangkan ini adalah satu berita gembira yang saya rasa, saya patut tahu demi berkongsi kegembiraan dengan awak. Mungkin awak dah tak perlukan seorang sahabat seperti saya lagi." ujar ku agak tegas."Saya tak bermaksud macam tu.""Sebelum ini saya tak pernah merahsiakan apa-apa dari awak, orang ingat awak pun sama. Tapi ternyata saya silap. Awak telah merahsiakan satu benda penting dari pengetahuan saya. Jauh di sudut hati saya, awak tetap sahabat saya. Abadikanlah persahabatan kita ini biarpun kita saling tak berhubung lagi." Aku berbicara panjang lebar tanpa memberi ruang untuk Aril menyampuk. Air mata ku mengalir laju."Apa maksud awak? Macam mana persahabatan kita nak abadi kalau kita dah tak berhubung.""Saya akan terus mengingati awak, someone that is really special in my life, someone yang pernah jadi kawan baik saya, yang pernah sama-sama kongsi masalah dengan saya. Cuma saya tak nak menimbulkan masalah dalam hubungan awak dengan tunang awak nanti. Saya harap awak faham. Bye!" Aku terus memutuskan talian. Air mata ku terus mengalir dan akhirnya aku menangis.Aku sendiri tidak pasti kenapa aku harus menangis. Yang pastinya, aku sudah kehilangan seorang teman...! Kini aku sendiri lagi! Kehilangan Aril meninggalkan satu kesan yang mendalam bagi diri ku. Aku menjeling jam di atas meja, hampir pukul 4 pagi. Aku tak mampu melelapkan mata dan air mataku tak henti-henti mengalir. Kelihatan seperti Aril dibawa pergi dari hidup aku. Dirampas pergi dari hidup aku. Semakin lama semakin jauh dan akhirnya semakin kabur dek air mata aku yang mula bertakung kembali. Aku tak pasti kenapa aku harus bersedih. Mungkin kah kerana aku terlalu menyayanginya? Ku rasakan seperti ada kekosongan dalam jiwa ku, kekosongan yang tak mampu diisi oleh orang lain. Aku pasrah dan aku relakan kau pergi dari hidup ku!

0 ulasan: